Restoran Jepun dominasi kedudukan carta restoran terbaik dunia

Dua buah restoran Jepun telah berjaya menjejaki kemuncak carta La Liste sebagai restoran terbaik dunia dan tempat ketiga mendapat markah kedua tertinggi dari ‘Guides of guides’ yang berprestij.

Restoran kecil yang terletak di Tokyo, Yosuke Suga, hanya mempunyai 20 buah meja, tidak mempunyai bintang Michelin namun tetap berkongsi kedudukan teratas bersama dengan senarai tersebut yang berpangkalan di Perancis bersama-sama dengan beberapa buah restoran teratas dunia seperti Guy Savoy di Paris dan Le Bernardin di New York di bawah penyelenggaraan Eric Ripert.

Restoran Ryugin yang inovatif di ibu negara Jepun itu dikendalikan oleh cef Seiji Yamamoto melonjak dari kedudukan 30 menuju kemuncak carta berprestij tersebut.

Yamamoto yang turut dikenali sebagai ‘King of Kaiseki’ – pakar penyediaan pelbagai makanan tradisional Jepun – berkata kepada AFP bahawa kini dia tahu apa jemputan misteri yang dia terima untuk datang Paris pada bulan depan.

“Ketika saya membuka restoran ini, saya berusia 33 tahun dan diberitahu masih lagi muda dan mentah, kini sudah 16 tahun berlalu dan sekarang saya merasakan tanggungjawab sebagai tukang masak yang berjaya memartabatkan tradisi masakan Jepun,” tambahnya kepada media.

Yamamoto yang turut dikenali sebagai ‘King of Kaiseki’ – pakar penyediaan pelbagai makanan tradisional Jepun. – AFP

Suga, 43 tahun, pembantu peribadi kepada cef hebat Joel Robuchon. – AFP

Kyoto Kitcho Arashiyama merupakan salah satu daripada tujuh restoran termasuk Alain Ducasse Monaco yang akur berada di kedudukan kedua.

Cef selebriti Perancis di Hotel Plaza Athenee berada di kedudukan keempat oleh klasifikasi, yang mengumpulkan ulasan dan komen dari warganget, akhbar dan laman sesawang termasuk TripAdvisor.

Akan tetapi ia juga mencatatkan peningkatan yang pesat bagi Suga, 43 tahun, pembantu peribadi kepada cef hebat Joel Robuchon, yang bakal membuat berita utama. Pada tahun lepas, Sugalabo bahkan tidak termasuk dalam 1,000 cef teratas La Liste.

Ruang makan rahsianya tersembunyi di sebalik sebuah rumah kopi di kawasan kejiranan Azabudai dan telah ditutup untuk beberapa hari setiap bulan supaya Suga dapat pergi ke sekitar Jepun untuk mencari idea dan bahan-bahan baharu.

Walaupun dia berasal dari sebuah keluarga tukang masak yang memfokuskan masakan tradisional Perancis, namun Suga telah menggunakan hampir kesemua bahan-bahan dari tradisional Jepun. Yamamoto suka melakukan eksperimen, mencipta sesuatu yang boleh dimakan dan menghiasi mangkuknya, mendapat tiga bintang Michelin semasa empat tahun lalu.

Dia pernah menghidangkan apa yang dipanggilnya sebagai Chateau Ryugin sup 1970, yang mengandungi ubi, keran dan disajikan bersama minuman khas masyarakat Jepun.

“Walaupun dia juga menjalani latihan di Perancis, dia turut menegaskan bahawa sebelum menghantar makanan ke pelanggan, saya akan selalu bertanya kepada diri sendiri, apakah ini makanan Jepun, sekiranya tidak, saya tidak akan menghidangkannya,” jelasnya kepada media. Jepun dan China mempunyai banyak restoran terbaik di dunia ini menurut catatan kedudukan tersebut, di mana telah dicipta semenjak empat tahun yang lalu dan dianggap lebih saintifik berbanding pesaingnya, The British-Based 50 Best List.

Jepun menguasai hampir keseluruhan carta di mana 130 buah restoran di kedudukan di atas 1,000 akan tetapi masakan China menutup jurang dengan 126, dengan kemasukan beberapa buah restoran ternama yang terdapat di Hong Kong, Macau dan juga Taiwan.

Perancis – rumah bersejarah haute cuisine – berada dikedudukan yang ketiga dengan 116 dan Amerika Syarikat berada dibelakangnya dengan memaparkan 113 buah restoran. Restoran Mirazur di Menton, Riviera Perancis, menduduki tempat ke-50 senarai terbaik, berada di kedudukan keempat dalam carta berprestij ini.

Cef Argentinian, Mauro Colagreco menjadi cef asing pertama di Perancis yang pernah memenangi anugerah tiga bintang Michelin pada awal tahun ini. Cef selebriti Inggeris, Gordon Ramsay turut menerima bintang Michelin yang kelima berdasarkan kepada restorannya yang terletak di London, England. – AFP