Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Restoran Pak Mus tawar Menu Rahmah di Sabah

KOTA KINABALU, 3 FEB – Meskipun Menu Rahmah belum diperluaskan ke Sabah, seorang pengusaha restoran di Plaza Tanjung Aru, di sini mengambil inisiatif menawarkan hidangan tersebut kepada pelanggannya bermula hari ini.  

Musli Oli yang mengusahakan Restoran Pak Mus, berkata menu itu ditawarkan bermula pukul 10:30 pagi hingga 2:30 petang.

“Insya-Allah, restoran saya akan menyajikan Menu Rahmah setiap hari kepada semua pelanggan yang datang ke sini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata menu berkhasiat dan seimbang yang ditawarkan kepada pelanggan pada harga RM5 ialah nasi, ikan, ayam atau ikan, sayur dan air sirap.

Menurutnya inisiatif itu adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya di negeri ini. – Bernama

Menu berkenaan ditawarkan bermula pukul 10:30 pagi hingga 2:30 petang. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -