Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Restoran pulau Perancis menang anugerah bintang Michelin

    STRASBOURG, PERANCIS, 6 MAC – Sebuah restoran yang tersembunyi di sudut pulau Perancis telah memenangi anugerah tiga bintang yang diidam-idamkan dalam edisi terkini Panduan Michelin yang diperkenalkan pada hari ini.

    La Marine diketuai oleh cef berusia 47 tahun, Alexandre Couillon dan dibantu oleh isterinya, Celine.

    Untuk mencuba hidangan laut dan sayurannya yang luar biasa bermakna awda perlu pergi ke pulau kecil Noirmoutier di Teluk Biskay.

    Bersama isterinya, Celine, yang menguruskan tugas-tugas di restoran, Couillon telah mencipta pengalaman yang indah dan cemerlang melalui masakannya.

    La Marine menjadi salah satu daripada 29 buah restoran di Perancis yang memegang ranking tiga bintang teratas Michelin dalam panduan terkini, yang diperkenalkan dalam majlis di bandar timur Strasbourg.

    “Ini adalah satu bintang untuk kami berdua,” kata Couillon yang sangat emosi kepada penonton apabila menerima anugerah bersama isterinya.

    Minggu lalu, Michelin membuat pengumuman mengejutkan bahawa Guy Savoy, yang berkali-kali dinamakan sebagai cef terbaik di dunia oleh pengulas global La Liste, telah diturunkan dua bintang untuk restorannya, Monnaie de Paris.

    Panduan baharu ini melihat 39 restoran baharu yang dianugerahkan satu bintang untuk kali pertama, manakala empat yang lain lagi memperolehi dua bintang.

    Seperti kebanyakan restoran terkenal pada masa ini di Perancis, La Marine mempunyai suasana dalaman yang sederhana dan menu yang diilhamkan oleh musim dan bahan tempatan, kebanyakannya didapatkan dari bot-bot nelayan yang dilihatnya di pelabuhan.

    Couillon mengambil alih restoran keluarganya itu pada tahun 1999 dan dia menerima bintang Michelin pertama pada tahun 2007 dan kedua pada tahun 2013 serta Couillon juga dinobat sebagai tukang masak terbaik sepanjang tahun oleh panduan pesaing, Le Gault et Millau, pada tahun 2016. – AFP

    Reaksi Alexandre Couillon semasa dianugerahkan bintang Michelin ketiga di Strasbourg, timur Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...