Restoran susyi di Hotel Trump menang bintang Michelin

Presiden AS, Donald Trump terkenal sebagai peminat makanan segera, namun makanan yang disediakan di salah sebuah hotelnya lebih baik – restoran susyi di Hotel Trump International, Washington memenangi anugerah Bintang Michelin yang didambakan.

Laporan yang bertajuk The 2020 Michelin Guide to Washington telah dikeluarkan baru-baru ini dan telah menganugerahkan restoran tersebut, Susyi Nakazawa satu bintang Michelin, bermakna penyunting laporan tersebut mempercayai akan kehebatan restoran tersebut malah meletakkannya sebagai sebuah restoran yang perlu dikunjungi.

Menurut panduan tersebut, aspek elegan seakan-akan mempamerkan satu sentuhan yang berkualiti, bermusim dan teknik yang memberangsangkan.

Cef Daisuke Nakazawa menawarkan sehingga 20 hidangan dengan menampilkan gaya susyi Edomae, menurut laman sesawang restoran tersebut, yang mengatakan bahawa tempahan perlu dibuat seawal 30 hari bagi berkunjung ke restoran tersebut.

Kepentingan sendiri?

Susyi Nakazawa berada di lokasi yang membangkitkan kontroversi kerana Trump telah dituduh menggunakan jawatan presidennya bagi mendapatkan wang dengan memperomosikan hotel tersebut yang terletak hanya beberapa blok dari Rumah Putih hanya untuk pengunjung-pengunjung asing.

Jose Andres, seorang cef dari Sepanyol telah mengusahakan dua buah restoran di negara itu berkata bahawa dia tidak mahu membuka restoran di hotel tersebut selepas Trump membuat komen yang meremehkan mengenai pendatang khususnya dari Mexico semasa pilihan raya pada tahun 2016.

Panduan baharu Michelin Washington itu, edisi keempat di ibu negara AS, memberikan sebanyak 22 bintang kepada 18 buah restoran yang berbeza-beza, termasuk tiga bintang berprestij untuk Inn di Little Washington, yang dikendalikan oleh Cef Patrick O’Connell.

“Semasa pemeriksaan, kami sangat tertarik dengan kepelbagaiaan masakan di Washington DC sekali gus mencerminkan budaya Washington sebagai persimpangan global untuk pemerintah dan pengembara,” kata Gwendal Poullennec, Pengarah antarabangsa Panduan Michelin, dalam satu kenyataan. – AFP

Restoran susyi di Trump International Hotel di Washington telah memenangi Anugerah Bintang Michelin yang didambakan. – Agensi
Cef Daisuke Nakazawa menawarkan sehingga 20 hidangan dengan menampilkan gaya susyi Edomae. – Agensi