Restoran terapung, tawar ketenangan dan keindahan

SOMALIA – Dihidangkan dengan makanan laut yang segar di atas sebuah perahu di perairan yang biru, berkhidmat sebagai sebuah restoran terapung, Ahmed Yusuf tidak mempercayai bahawa dia sebenarnya berada di Mogadishu, Somalia.

Kawasan berdekatan, di pantai putih yang indah, Lido, kanak-kanak berpakaian jersi bola sepak mengejar bola sementara penduduk tempatan bersiar-siar atau berenang di celah-celah terumbu laut yang terkenal di negara itu.

Di bandar yang dibelenggu oleh pengeboman Kumpulan Islam Al-Shabaab, penduduk mencari jalan alternatif untuk santai dengan mendekati pantai yang semakin berkembang dengan pembinaan restoran sehingga menyebabkan beberapa orang pemilik perniagaan menjadi lebih kreatif.

Pada bulan Januari lalu, Abdul Kadir Mohamed Ibrahim, seorang usahawan Somalia berusia 48 tahun telah kembali ke negaranya itu dari Itali, mencipta sebuah perahu dengan kerusi mewah dan meja yang besar di mana pengunjung boleh menikmati makanan laut segar, angin segar dan menikmati rasa tenang.

“Kadang-kadang saya merasa berada di tempat lain, bukan di Mogadishu,” kata seorang pelanggan bernama Yusuf, bekerja untuk organisasi bukan kerajaan. “Bunyi ombak dan melihat keindahan laut sambil menikmati makanan laut segar di atas kapal, memang menenangkan, saya harap lebih banyak perniagaan seperti ini,” tambahnya kepada media. Sebelum ini, Ibrahim telah melancarkan beberapa perniagaan di Mogadishu, seperti agensi pelancongan namun tidak berjaya, sebelum idea untuk menjalankan perniagaan Restoran La Lanterna membuahkan hasil.

“Apabila kita melihat negara maju yang mempunyai bot restoran terapung dan membawa pelancong, kami mendapat idea yang sama untuk membawa orang ramai menikmati masa yang sangat baik, kini, kami mempunyai sebuah restoran terapung di Mogadishu,” katanya kepada AFP.

Ibrahim berkata bahawa pelanggan akan membuat pesanan mereka dua hari sebelum tempahan, oleh itu makanan boleh disediakan di darat dan dibawa ke kapal, kerana bot tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk dapur. Walau bagaimanapun, bot ini mempunyai peti sejuk untuk minuman sejuk. Keadaan laut kadang kala berombak, namun pelanggan meluahkan rasa senang hati sambil menikmati perjalanan yang panjang menelusuri laut yang tenang. Beberapa buah restoran mula beroperasi di kawasan Pantai Lido selepas Al-Shabaab di halau keluar dari ibu kota yang dimusnahkan oleh pejuang Kesatuan Afrika yang bekerjasama dengan tentera kerajaan pada tahun 2011. Keamanan yang baik dan menyaksikan pemulangan Somalis dari diaspora selepas 1991 yang menggulingkan presiden tentera, Siad Barre, terkenal mencetuskan peperangan saudara dan kekacauan. – AFP

Sebuah perahu dengan kerusi mewah dan meja yang besar di mana pengunjung boleh menikmati makanan laut segar, angin segar dan menikmati rasa tenang. – AFP