Restoran vegan terima bintang Michelin

BORDEAUX, 19 JAN – Sebuah restoran vegan di barat daya Perancis semalam memenangi bintang Michelin, yang pertama untuk restoran yang hanya menyajikan produk bebas haiwan di Perancis.

Claire Vallee menguruskan restoran ONA di bandar Ares, berdekatan Bordeaux, yang berjaya dilancarnya pada 2016 disebabkan pembiayaan dari penyokong dan pinjaman daripada bank hijau. “Ia terasa seolah-olah saya dilanggar kereta api,” beritahu Vallee kepada AFP mengenai saat dia menerima panggilan daripada Michelin Guide pada Khamis memaklumkan kepadanya mengenai keputusan tersebut.

Selain anugerah bintang klasik, Vallee juga memenangi bintang hijau, yang baru diperkenalkan Michelin pada tahun lalu untuk menganugerahi restoran dengan rekod amalan beretika kukuh. ONA, adalah restoran vegan pertama di Perancis yang memenangi satu bintang, beritahu jurucakap Panduan Michelin kepada AFP.

Vallee menawarkan tujuh sajian dalam menunya sebelum dia terpaksa menutup ONA disebabkan sekatan COVID-19. Kombinasi hidangan kegemarannya termasuk pain, cendawan boletus dan sake, atau daun saderi, tonka dan amber ale. – AFP

GwendalPoullennec, ketua LeGuideMichelin, bergambar bersama edisi 2021 di luar EiffelTower pada 18 Januari 2021 di Paris. Restoran ONA telah memenangi bintang Michelin semalam, yang pertama untuk restoran vegan. – AP