Restoran Vietnam kecoh haram pengunjung Cina

PRAGUE, 6 FEB – Sebuah restoran Vietnam di Prague mencetuskan kekecohan hari ini dengan mengharam pengunjung China disebabkan kebimbangan ‘kesihatan awam’ berhubung koronavirus.

“Demi melindungi kesihatan awam, restoran buat sementara waktu tidak akan menerima pelanggan Cina,” menurut satu notis yang dilekat di pintu dan gambar yang disiar di laman Facebook bernama The Prague Geezer.

“Terima kasih kerana memahami,” kata nota, yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Czech dan China.

Apabila diminta untuk memberi komen oleh AFP, seorang pekerja restoran di tengah Prague, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata mereka tidak tahu kenapa notis telah dikeluarkan.

Menurut media Czech, notis itu dikeluarkan selama beberapa jam dan tidak ada pengunjung Cina yang datang dalam tempoh masa itu.

Laman Facebook mencetuskan pelbagai reaksi yang negatif.

“Diskriminasi! Kami adalah manusia, bukan virus. Hentikan prasangka,” tulis seorang penduduk Prague kelahiran China, Lin Cheng, di laman Facebooknya. – AFP