Monday, November 28, 2022
29.1 C
Brunei

-

Retreat nilai semula program semasa

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Kumpulan Kerja Jawatankuasa Pandu Industri Tenaga Manusia untuk Sektor ICT (MISC-WG ICT), baru-baru ini telah mengadakan retreat pertama bagi tahun ini.

Dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) sebagai Sekretariat MISC-WG ICT, ia antara lain berobjektif untuk menilai semula program semasa dan lepas.

Di samping itu, ia juga untuk menangani isu tenaga kerja yang dihadapi oleh sektor ICT dan mengenal pasti program masa depan selaras dengan keperluan dan permintaan masa depan tenaga kerja negara.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif AITI, Ir Haji Jailani bin Haji Buntar dan Pengerusi InfoCom Federation Brunei (IFB), Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff selaku Coleads MISC-WG ICT.

AITI dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan sejak pembentukan MISC-WG ICT pada Ogos 2020, ahli-ahli telah bekerjasama untuk menyampaikan mandat yang diberikan oleh MISC di bawah Manpower Planning and Employment Council (MPEC).

Ini antaranya adalah untuk memahami jenis dan bilangan pekerjaan yang dituntut oleh sektor MISC yang membawa kepada pengenalpastian pekerjaan kritikal, di mana pekerja kumpulan telah bekerja tanpa jemu dengan pelbagai pihak berkepentingan industri untuk membangunkan bersama kecekapan kerja kritikal selaras dengan piawaian dan keperluan industri.

Ini telah terbukti dengan kejayaan pelancaran Rangka Kerja Kecekapan Industri ICT Brunei (BIICF).

Seramai 14 orang ahli daripada kerajaan, industri, institusi pengajian tinggi dan latihan mengambil bahagian dalam retreat itu. Turut hadir ialah Sekretariat MPEC.

Kumpulan kerja menyasarkan untuk melihat peningkatan dalam graduan tempatan yang berbakat dan meneruskan kerjaya mereka di negara ini dan untuk melaksanakannya, terdapat keperluan merapatkan jurang pada tenaga kerja dalam situasi penawaran dan permintaan dalam negara.

Di samping itu, kumpulan berkenaan juga perlu menyusun semula strategi dan membangunkan lebih banyak lagi strategi kolaboratif untuk merangsang hasil yang lebih berkesan daripada program-program di bawah MISC-WG ICT, seperti akademi pengekodan Brunei yang pertama, Coding.bn Kohort 1, di mana 75 peratus peserta telah berjaya diambil oleh industri.

Pada akhir sesi, kumpulan tersebut telah mengenal pasti beberapa program dan projek utama untuk dibangunkan dan akan dilaksanakan.

Gambar ramai bersama anggota MISC-WG ICT. – Gambar serahan AITI
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -