Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim khususnya di bulan Syawal yang mulia ini, lebih 10 orang ahli Geng Cinta Decoupage baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Reunion Hari Raya di salah sebuah kediaman guru Decoupage, Hajah Sauyah binti Mahmud di Daerah Tutong.
Menurut Hajah Sauyah dengan adanya majlis seumpama ini akan dapat memberikan peluang kepada para pelajarnya khususnya dari ibu negara untuk berkunjung dan bersua muka bersama ahli-ahli dari daerah lainnya.