Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Rex Orange County didakwa lakukan gangguan seksual

    Penyanyi Rex Orange County didakwa di Mahkamah Southwark Crown, London atas tuduhan melakukan gangguan seksual sebanyak enam kali terhadap seorang wanita.

    Rex atau nama sebenarnya Alaxander O’Connor dikatakan terlibat dengan perlakuan tersebut sebanyak dua kali pada 1 Jun lalu di kawasan West End.

    Manakala, empat lagi dakwaan adalah dalam sebuah teksi selain di kediamannya di Notting Hill.

    Menerusi satu kenyataan, wakil kepada Rex memaklumkan penyanyi tersebut terkejut sekali gus menafikan segala tuduhan yang dibuat ke atas dirinya.

    “Rex sengat terkejut dengan dak-waan tersebut. Dia menafikan hal berkenaan dan akan mencari jalan untuk membersihkan nama di mahkamah.

    “Dia tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana kes ini masih dalam perbicaraan,” jelas wakil berkenaan seperti dipetik dari The Sun.

    Rex hadir ke mahkamah bagi mendengar sebutan kes tersebut pada 10 Oktober lalu dan dibenarkan ikat jamin tanpa syarat tambahan.

    Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 3 Januari 2023. – Agensi

    Rex menafikan segala pertuduhan yang dibuat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...