Tuesday, August 9, 2022
24.4 C
Brunei

Rexy kembali sebagai timbalan pengarah kejurulatihan BAM

-

KUALA LUMPUR, 25 OKT – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah melantik bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik, Atlanta Rexy Mainaky sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan.

BAM dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa bekas pemain beregu lelaki Indonesia tersebut akan melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (BAM) di Bukit Kiara pada 1 Disember, dan akan bekerja bersama Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann.

Pakar beregu berusia 53 tahun itu diberikan tugas untuk menambah input teknikal kepada indeks prestasi dan akan secara khususnya menjaga pemain beregu dalam skuad kebangsaan dalam melihat dan meningkatkan lagi prestasi pemain beregu negara.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pelantikan itu adalah sejajar dengan mempertingkatkan lagi kemajuan yang telah dilakukan BAM sejak beberapa tahun ini dalam usahanya mencapai kejayaan. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -