Rezeki di bulan Ramadan, menang baucar emas

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Dayang Ayu Annur Nazihah binti Haji Mustapa menerima kejutan yang indah apabila nombor cabutan bertuahnya terpilih bagi memenangi hadiah pertama berupa baucar emas bernilai $5,000 dalam Promosi Toyota Go for Gold pada acara cabutan yang berlangsung di Dewan Pameran NBT Bunut, hari ini.

Bagi cabutan berkenaan, seramai 10 orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah berupa baucar emas bernilai dari $500 hingga hadiah tempat pertama iaitu baucar emas bernilai $5,000.

Cabutan serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Gadong dan Bunut, NBT (Brunei) Sdn Bhd, Anderson Lim. Para pemenang adalah pelanggan bertuah NBT yang telah membeli mana-mana model kenderaan Toyota pada April.

Hadiah kedua iaitu baucar emas bernilai $3,000 dimenangi oleh Awang Mohamad Syazani bin Haji Sarbini dan hadiah ketiga iaitu baucar emas bernilai $2,000 dimenangi oleh Haji Kasman Dzurkarnain.

Pada majlis berkenaan, dua orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah berupa baucar emas bernilai $1,000 dan lima orang lagi membawa pulang hadiah baucar emas bernilai $500. Sementara itu, pelanggan-pelanggan lain pula membawa pulang hadiah baucar emas bernilai $50.

Promosi Go for Gold dilanjutkan sehingga penghujung Mei ini di mana bagi setiap pembelian mana-mana model kenderaan Toyota, para pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah baucar emas bernilai sehingga $5,000.

Promosi itu diadakan untuk terus memberikan pengalaman yang menguntungkan kepada pelanggan NBT dengan menyediakan hadiah-hadiah yang menarik dan bernilai, meningkatkan kesedaran para pelanggan mengenai nilai dan kualiti Toyota dan emas serta untuk mempersiapkan para pelanggan bagi sambutan perayaan yang akan menjelang.

Anderson Lim bergambar ramai dengan para pemenang Promosi Toyota Go for Gold di Dewan Pameran NBT Bunut, kelmarin.