Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Rezeki sebagai penyanyi tak ‘lekat’ – Ashira

    Selepas dua tahun Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) berakhir, penyanyi Ashira kecewa apabila program itu tidak mampu melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.

    Akui pada awalnya dia enggan menyertai pertandingan tersebut, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, bagaimanapun tetap mencuba nasib dengan harapan dia kembali dikenali setelah sekian lama menyepi.

    “Sebenarnya saya sudah lama tidak berhajat untuk kembali aktif dalam industri seni.

    “Ketika menerima tawaran GV7 pun hati saya berbelah bahagi. Namun ketika itu hanya mencuba nasib untuk kembali.

    “Tidaklah terlalu mengharap nama akan kembali ‘meletop’ seperti dahulu. Cuma ada sedikit rasa kecewa apabila percubaan untuk melakukan perkara yang saya minat tidak menjadi,” katanya kepada mStar.

    Ashira terpaksa akur rezeki tidak memihak kepadanya dalam industri seni. – Agensi

    Penyanyi lagu Di Ombak Resah ini juga memberitahu dia tidak banyak menerima tawaran menyanyi selepas menyertai program tersebut seperti yang diharapkan.

    Dalam kekecewaan tersebut Ashira terpaksa akur rezeki tidak berpihak kepadanya untuk mengekalkan momentum populariti dalam bidang nyanyian.

    “Jika ada tawaran menyanyi pun hanya sekadar bertanya. Saya memang tidak menerima banyak undangan dalam mana-mana majlis. Saya faham ramai lagi artis dalam industri seni dan ini bukan rezeki saya.

    “Perkara yang sama terjadi lagi kepada saya. Rezeki sebagai penyanyi bagaikan tak ‘lekat’. Dari dahulu lagi saya sudah biasa begini,” ujarnya.

    Tidak mahu meletakkan harapan tinggi, Ashira dalam masa sama enggan terus meninggalkan minatnya terhadap bidang nyanyian.

    Justeru dia merebut segala peluang dan menerima tawaran kerja menyanyi di sebuah restoran pub seperti mana yang dilakukannya sebelum ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -