Rezeki tambahan nelayan di musim tengkujuh
GEORGE TOWN – Musim tengkujuh mungkin menjadi kegusaran kepada kebanyakan nelayan berikutan kekurangan hasil tangkapan, namun situasi berbeza bagi nelayan di Sungai Batu dekat daerah Barat Daya kerana pendapatan mereka tidak terjejas. Nelayan pantai (Kelas A), Mohd Ismail Ahmad, 60, berkata disebabkan kedudukan kawasan perairan Sungai Batu itu terlindung daripada peralihan angin monsun, banyak hasil






























