Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Rhodict buru slot Olimpik Paris 2024

    KUALA LUMPUR, 5 NOV – Penerjun kebangsaan, Bertrand Rhodict Lises yakin Enrique Maccartney Harold merupakan gandingan terbaik untuk memburu slot di Sukan Olimpik Paris 2024, dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki.

    Atlet berusia 18 tahun itu berkata hubungan beliau dan rakan sebayanya itu sangat rapat sejak perkenalan mereka beberapa tahun lepas ketika sama-sama dalam skuad terjun Sarawak.

    Rhodict, yang telah melayakkan diri ke Paris 2024 dalam acara 10m platform individu berkata keserasian mereka semakin meningkat selepas menyertai beberapa kejohanan sejak digandingkan empat tahun lepas.

    “Kita telah digandingkan hampir tujuh atau lapan tahun, jadi keserasian sentiasa ada walaupun jarang beraksi dalam acara terjun seirama.

    Mengenai peluang untuk mendapatkan slot ke Paris 2024, Rhodict berkata peluang masih ada dan mereka hanya perlu memberikan yang terbaik dalam kejohanan yang akan berlangsung pada Februari tahun depan. – Bernama

    Rhodict dan Enrique Maccartney Harold bergambar selepas meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama lelaki. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...