Rhoma Irama berdepan tindakan undang-undang

Ketua Wilayah atau Bupati Ade Yasin kecewa dengan tindakan penyanyi dangdut Rhoma Irama melanggar Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dengan mengadakan persembahan di kawasan zon merah COVID-19 baru-baru ini.

Memetik laporan Metro.tempo, Ade Yasin sebelum ini sudah memberikan surat amaran kepada Rhoma untuk tidak melakukan sebarang aktiviti hiburan di Desa Cibunian, Kecamatan Pamijah, Kabuten Bogor, Jawa Barat.

Rhoma bakal diambil tindakan undang-undang selepas melanggar peraturan yang sudah ditetapkan wilayah Kabuten Bogor yang masih dalam PSBB.

“Tiada siapa pun yang akan terlepas jika melanggar peraturan. Proses hukuman akan dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, Rhoma pernah memuat naik video di laman Facebook miliknya mengatakan dia sudah membatalkan kemunculannya di majlis berkhatan yang diadakan di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, Rhoma tetap menghadiri majlis tersebut dan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu.

Menurut Ade Yasin, Rhoma yang hadir sebagai tetamu undangan namun persembahannya itu dianggap mengundang orang ramai untuk menonton. – Agensi

Rhoma bakal diambil tindakan undang-undang selepas melanggar peraturan yang sudah ditetapkan wilayah Kabuten Bogor. – Agensi