Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ria Ricis cadang ambil anak angkat

    Personaliti media sosial Indonesia Ria Ricis meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat tidak lama lagi.

    Kata Ria, 29, hasrat itu timbul selepas anak perempuannya iaitu Cut Raifa Aramoana, 2, meminta adik sebagai peneman dia bermain, kongsi mStar.

    “Dulu saya sangat teringin anak lelaki, saya kira dia sudah cukup dewasa untuk mempunyai teman bermain.

    “Jadi saya ingin mengambil anak angkat agar dia tidak kesunyian.

    “Saya sudah ada rancangan sebenarnya. Doakan saya. Sebab dia (Moana) ada meluahkan hasrat nak seorang adik,” katanya.

    Dedah Ria sudah banyak pihak menghubunginya mahu menawarkan anak angkat namun dia masih dalam proses memilih.

    “Memang ramai yang tawar termasuk dari klinik, hospital dan orang persendirian tetapi masih dalam fasa memilih,” jelasnya.

    Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan pelakon Teuku Ryan pada 12 November 2021 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 3 Mei 2024. – Agensi

    Ria bercadang mahu ambil anak angkat untuk menemani Moana bermain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda