Bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi, YouTuber terkenal Indonesia Ria Ricis mengakui proses bersalin sama ada secara normal atau pembedahan tetap mencabar baginya.
Berharap anaknya akan dilahirkan sihat tanpa masalah, Ria bagaimanapun mempunyai keinginan untuk bersalin secara normal.
Malah isteri kepada Teuku Ryan ini juga sudah melakukan senaman seperti berenang, berjalan kaki dan aktiviti merenggang otot sebagai persiapan untuk bersalin.
“Bersalin secara bedah atau normal, sama sahaja kerana kedua-duanya sama-sama mencabar. Yang penting, anak lahir dengan sihat tanpa masalah.
“Tapi kalau ditanya mengenai keinginan melahirkan anak pertama, kalau diberi keizinan Allah, saya mahu bersalin secara normal. Tapi, kita tidak tahu lagi proses bersalin itu macam mana nanti.
“Tapi kita sudah ikhtiar, buat senaman seperti berenang, banyakkan berjalan kaki, lakukan aktiviti untuk merenggang otot,” kata Ria. – Agensi