Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Riadah berbasikal eratkan hubungan silaturahim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Dalam usaha berterusan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Daerah Tutong mengadakan aktiviti riadah berbasikal santai, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyertai acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Aktiviti berbasikal santai sejauh 30 kilometer itu telah disertai oleh kumpulan berbasikal dari daerah berkenaan iaitu Santai-santai Riders (SSR), Amateur Cycling Team (ACT) dan wakil Persatuan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST) selaku marsyal aktiviti tersebut.

    Ia bermula dan berakhir di perkarangan DBP cawangan Daerah Tutong, di mana pihak penganjur telah berjaya menarik penyertaan lebih 70 orang peserta.

    Menurut salah seorang peserta, Awang Idris bin Haji Ali Bahar dari kumpulan SSR, dengan adanya acara seumpama itu ia bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesihatan, fizikal dan mental malahan dapat mengeratkan lagi silaturahim.

    Antara peserta yang mengikuti riadah tersebut. – Gambar serahan SSR
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...