Riadah semarak Hari Kebangsaan ke-36

Oleh Daniel Lim

Gambar serahan Pasukan Bola Tampar Lorong Tiga

Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-36, Pasukan Bola Tampar Lorong 5 telah menganjurkan pertandingan bola tampar di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) baru-baru ini.

Perlawanan yang disertai oleh tiga pasukan bola tampar yang dimenangi oleh Pasukan C itu antara lain bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, selain persediaan bagi pertandingan peringkat kebangsaan akan datang.