Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Riang Ria Aidilfitri bersama warga Pakistan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Walaupun bulan Syawal telah berakhir, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Pakistan bersama keluarga dan warga Pakistan di negara ini telah menjemput anak-anak yatim dari Sekolah Menengah Berakas untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di suruhanjaya tinggi berkenaan di Berakas.

    Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang turut merasmikan pameran Share Pakistan.

    Pameran berkenaan membantu rakyat Brunei dari semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak, termasuk kanak-kanak masyarakat Pakistan yang tinggal di negara ini, untuk mengenali Pakistan dengan lebih baik dan membantu dalam menghubungkan rakyat dari kedua-dua negara dan mempromosikan pertukaran perdagangan, pelancongan dan budaya antara Pakistan dan Brunei Darussalam.

    Pengiran Mohd Amirrizal dan TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani bergambar ramai bersama anak-anak yatim dari Sekolah Menengah Berakas yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...