Ribuan bantah keadaan ‘sungai kering kontang’ di Isafahan

TEHRAN, 19 NOV – Beribu-ribu penunjuk perasaan hari ini berhimpun di Isfahan, tengah Iran bagi menyuarakan kemarahan mereka selepas sungai talian hayat bandar itu kering akibat kemarau dan pelencongan, menurut badan penyiar kerajaan.

Bantahan yang menarik petani dan orang lain dari wilayah berhampiran Isfahan, merupakan demonstrasi terbesar sejak krisis air bermula pada 9 November.

“Beribu-ribu orang dari Isfahan, petani dari timur dan barat wilayah, berhimpun di tengah-tengah Sungai Zayandeh Rood yang kering kontang, dengan satu tuntutan: alirkan sungai tersebut,” jurnalis penyiar kerajaan, di Isfahan melaporkan, menyiarkan secara langsung imej-imej rapat umum hari ini.

“Selama bertahun-tahun, tiada penyelesaian terhadap masalah sungai penting ini,” kata jurnalis itu. – AFP

Ribuan petani berhimpun dalam demonstrasi terbesar bagi menuntut sungai yang kering kontang dialirkan airnya. – AFP