Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan bantah perubahan nama Macedonia

    SKOPJE, 3 Jun – Ribuan penyokong parti pembangkang Macedonia, VMRO-DPMNE berarak di jalan raya di bandar Skopje kelmarin bagi membantah rancangan untuk menukar nama negara di tengah-tengah pertikaian dengan negara jiran, Greece.

    Zoran Zaev, perdana menteri bekas republik Yugoslav berkata pada Rabu lalu bahawa rundingan bersama Athens untuk menyelesaikan pertikaian selama 27 tahun kini berada di peringkat terakhir.

    Athens membantah nama konstitusi negara, Republik Macedonia kerana Greece mempunyai wilayah bahagian utara yang dipanggil Macedonia dan bimbang ia akan memberi kesan kepada wilayah tersebut.

    Isu perbalahan ini telah menyekat harapan Macedonia untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan NATO di mana Greece boleh menggunakan kuasa veto untuk keahlian itu.

    VMRO-DPMNE tidak akan menyokong mana-mana tuntutan perlembagaan untuk mengubah nama negara itu kata Hristijan Mickoski, pemimpin baharu parti pembangkang.

    “Kami sudah jelas dengan perkara ini,” tambahnya semasa perhimpunan itu.

    Mantan perdana menteri dan pemimpin VMRO-DPMNE, Nikola Gruevski yang memerintah Macedonia dari tahun 2006 hingga 2016, tidak menyertai perhimpunan itu selepas dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh mahkamah Skopje atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dalam pembelian kereta mewah Mercedes.

    Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban menghantar rakaman video bagi menyatakan sokongan di mana beliau memuji pemimpin parti yang tidak tunduk ke atas kuasa-kuasa asing.

    Bantahan juga diadakan minggu depan di bahagian utara Greece di mana beberapa yang menentang melihat penyelesaian kesepakatan antara pemimpin-pemimpin Greece dan Macedonia.

    Persetujuan nama baharu sudah setentunya mengandungi ‘Macedonia’, keputusan yang dibantah oleh sebahagian pelindungan rakyat Greece yang memenangi wilayah utara Macedonia, yang merupakan tempat bersejarah Alexander the Great. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda