PARIS, 23 MEI – Ribuan orang berarak di Paris dan bandar lain di Perancis bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin selepas konflik 11 hari tercetus dengan Israel yang mengorbankan 260 orang, sebahagian besar penduduk Palestin.
Demonstrasi Paris pada hujung minggu ini hanya dihadkan berlangsung di Place de la Republique.
Pada hujung minggu lalu, ribuan aktivis menentang larangan demonstrasi serupa untuk berarak di ibu negara.
Kesatuan sekerja CGT, memberitahu lebih 4,000 orang menghadiri perhimpunan di Paris.
Peserta demonstrasi melancarkan slogan seperti ‘Palestin akan bangun, Palestin akan menang’, ‘Israel pembunuh, rakan Macron’, dan ‘Kami semua adalah orang Palestin’.
Presiden Persatuan SolidaritiPerancis-Palestin, Bertrand Heilbronn, yang menganjurkan perhimpunan di Paris dan kawasan lain memberitahu gencatan senjata belum menjanjikan penyelesaian.
“Serangan ini menggesa semua pihak supaya berpegang teguh pada nilai keadilan, martabat dan undang-undang,” katanya.
“Biarpun pengeboman sudah berakhir, penduduknya masih ada. Penduduk Sheikh Jarrah (di Tebing Barat) masih menghadapi ancaman pengusiran dan Semenanjung Gaza masih disekat,” kata Wael, 28 tahun yang ditemui di perhimpunan di Paris, dengan bendera Palestin kelihatan di bahunya. – AFP
