Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Ribuan berhimpun cetus bantahan di Poland

    Penunjuk perasaan antikerajaan menaikkan lilin dan pelekat yang tertera ‘Perlembagaan’ ketika mereka berkumpul di hadapan Mahkamah Agung di Warsaw, Poland, pada 22 Julai 2017

    WARSAW, Poland, 23 Julai – Kegagalan rancangan parti yang mentadbir Poland untuk meletakkan sistem kehakiman di bawah kawalan politiknya telah mencetuskan satu lagi bantahan di seluruh negara semalam, dengan sebilangan orang berhimpun di luar rumah pemimpin parti memerintah, Jaroslaw Kaczynski dan menuduhnya menjadi diktator.

    Ikon demokrasi Poland, yang juga bekas presiden Lech Walesa berucap pada bantahan di Gdansk, menggesa anak-anak muda Poland supaya berjuang bagi memelihara pemisahan kuasa yang mana gerakan Perpaduannya telah membantu untuk mencapainya lebih suku dekad lalu apabila Poland menyingkirkan pemerintahan komunis.

    Kemudian, beribu-ribu penentang kerajaan berhimpun di Warsaw, Krakow dan bandar-bandar lain untuk menggesa Presiden Andrzej Duda supaya menolak perundangan yang akan memberikan Undang-Undang dan Keadilan, parti konservatif memerintah, mengawal Mahkamah Tinggi dan kehakiman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...