Ribuan berhimpun tuntut keadilan

SYDNEY, 5 JULAI – Ribuan penduduk di Sydney hari ini berhimpun bagi menyertai tunjuk perasaan ‘Black Lives Matter’ di seluruh Australia pada hujung minggu untuk menuntut keadilan antara kaum dan memperingati kematian seorang penduduk peribumi yang maut ketika dalam tahanan polis.

Kira-kira 500 orang melakukan tunjuk perasaan di Newcastle, utara Sydney, setelah Mahkamah Agung New South Wales memberi kebenaran untuk acara itu berikutan cubaan polis untuk melarangnya.

Perhimpunan di Sydney dimulakan dengan upacara di mana mereka bertafakur sejenak memperingati kematian seorang penduduk berkulit hitam di dalam tahanan polis.

Terdapat lebih dari 400 kematian penduduk peribumi dalam tahanan sejak isu ini berakhir pada tahun 1991. Tidak ada sabitan yang dinyatakan dalam kematian tersebut.

Pada hari Sabtu, warga Australia mengambil bahagian dalam demonstrasi ‘Black Lives Matter’ di bandar-bandar Brisbane, Darwin, Perth dan Adelaide. Sebilangan besar penunjuk perasaan menggunakan penu-tup mulut dan hidung serta berusaha untuk menjaga jarak sosial untuk mengekang penularan koronavirus. – AP