Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ribuan berkumpul di Amsterdam, ingkar larangan demonstrasi

    AMSTERDAM, 2 JAN – Beribu-ribu orang di ibu negara Belanda mengingkari larangan itu dan berhimpun hari ini untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang langkah sekatan perjalanan COVID-19 kerajaan Belanda sebelum polis menolak orang ramai keluar dari dataran Amsterdam.

    Kerajaan tempatan telah mengharamkan pembantahan itu, mengatakan polis mempunyai petunjuk bahawa beberapa penunjuk perasaan mungkin merancang untuk ‘bersedia untuk keganasan’.

    Pihak perbandaran kemudian mengeluarkan perintah tergempar supaya orang ramai meninggalkan Dataran Muzium dan polis rusuhan berarak untuk mengosongkan kawasan itu, memaksa penunjuk perasaan ke jalan-jalan berhampiran.

    Sebelum pihak keselamatan masuk, beberapa peserta membentangkan sepanduk yang tertuliskan, ‘Kurangkan penindasan, lebihkan penjagaan’ berhampiran Muzium Van Gogh.

    Sekumpulan orang yang berpakaian dan bertopengkan putih memegang papan tanda, termasuk satu papan tanda yang berkata: “Ini bukan tentang virus, ini tentang kawalan” di satu sisi dan ‘Kebebasan’ di sisi yang lain. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...