Ribuan dipindah, banjir landa Jawa Barat

BEKASI, INDONESIA, 22 FEB – Ribuan penduduk dipindahkan di pinggir bandar Indonesia selepas tambak di Sungai Citarum pecah, kata para pegawai hari ini.

Daerah Bekasi di wilayah Jawa Barat Indonesia mengalami banjir sejak Sabtu akibat hujan lebat.

“Beberapa tambak musnah, bukan hanya dari tambak sungai namun juga dari benteng pengairan,” kata Menteri Perumahan dan Kerja Raya, Basuki Hadimuljono hari ini.

Para penyelamat dari Agensi Penyelamat dan Pencari telah dikerahkan.

Raditya Jati, jurucakap bagi Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata lebih 28,000 penduduk di empat kampung di daerah Bekasi dan 34 kampung di daerah Karawang terjejas banjir dengan kira-kira 4,184 orang telah dipindahkan.

Ribuan rumah di kawasan itu telah diliputi 100 hingga 250cm air dan tanpa bekalan elektrik.– AP

Gambar dari udara menunjukkan kawasan Bekasi, Jawa Barat yang dibanjiri pada 22 Februari. – AP