Ribuan hadiri perarakan raja Thai

BANGKOK, 12 DIS – Diapit oleh lebih 2,000 pendayung yang mendayung mengikut rentak dram, Raja Thailand Maha Vajiralongkorn berkunjung ke sungai Bangkok Chao Phraya sebagai sebahagian daripada flotila 52 baj hari ini, menandakan acara terakhir pemahkotaannya.

Flotila itu diadakan tujuh bulan selepas raja perlembagan itu dimahkotakan dalam upacara tiga hari yang membabitkan ritual mandi suci dan perarakan besar-besaran di mana beliau dibawa di atas tandu di sekitar kawasan bersejarah Bangkok untuk bertemu dengan rakyat.

Ribuan penduduk dalam pakaian warna diraja kuning duduk di tebing sungai, bersorak apabila raja, yang memakai topi yang dihiasi bulu hiasan dan Ratu Suthida, isteri keempat, melalui dengan menaiki Suphannahong, atau baj ‘Golden Swan’.

Duduk di sebelah mereka adalah Putera Dipangkorn Rasmijoti, anak lelaki raja berusia 14 tahun daripada perkahwinannya dengan isteri ketiga, sementara dua anak perempuannya daripada perkahwinan sebelum berada dalam baj berasingan.

Perarakan sungai itu membenarkan rakyat Thai melihat keluarga diraja – satu prospek yang menarik penyokong warga emas.

“Saya berasa amat teruja kerana ini adalah peluang terakhir saya,” beritahu Renu Thanadauksorn, 69 tahun, kepada AFP.

“Saya mahu melihat acara sebenar, untuk sekali,” kata seorang lagi penduduk, yang telah menunggu di bawah cahaya matahari selama beberapa jam untuk melihat perarakan tersebut.

Acara tradisional itu, yang juga menarik orang kenamaan asing dan diplomat, berasal daripada perjalanan sungai oleh raja Thai ketika mereka mengetuai flotila perang semasa peperangan. – AFP

Pendayung Thai mendayung ketika perarakan baj diraja di sungai Chao Phraya di Bangkok kelmarin. – AFP