Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ribuan jururawat mula mogok

    LONDON, 18 JAN – Beribu-ribu jururawat kelmarin melancarkan mogok 48 jam di seluruh England menuntut gaji yang lebih baik daripada kerajaan.

    Ahli kesatuan Kolej Kejururawatan Diraja (RCN) di 55 hospital di seluruh England tidak bekerja pada Rabu dan Khamis, menurut agensi Anadolu.

    Dalam kenyataan, RCN berkata pegawai kerajaan enggan berunding secara rasmi, “sebaliknya memilih mogok.”

    “Orang ramai tidak mati kerana jururawat mogok. Jururawat mogok kerana orang mati.

    “Begitulah teruknya keadaan dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) dan sudah tiba masanya Perdana Menteri memimpin perjuangan untuk masa depannya,” kata Pat Cullen, setiausaha agung kesatuan.

    Kesatuan pada Isnin mengumumkan 6-7 Februari sebagai tarikh mogok baharu di England dan Wales, dengan mengatakan jururawat akan melancarkan mogok baharu melainkan kemajuan dicapai menjelang akhir bulan ini.

    “Jumlah jawatan jururawat yang tidak diisi hari ini tidak boleh dibiarkan menjadi lebih teruk. Bayar kakitangan kejururawatan secara adil untuk mengubah keadaan dan berikan penjagaan yang sewajarnya kepada orang ramai,” kata Cullen. – Bernama

    Ahli RCN melancarkan mogok di luar Hospital King’s College, London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...