BERLIN, 29 April – Pihak berkuasa Jerman menjalankan siasatan selepas polis menemui ribuan liter bahan kimia berbahaya dan kontena gas yang disimpan dalam depot di barat Jerman.
Agensi berita Jerman, dpa, melaporkan hari ini yang anggota bomba menemui kontena itu kelmarin di rumah stor di Preussisch Oldendorf, berhampiran bandar Bielefeld, semasa memadam kebakaran kabel di kemudahan itu.
Dpa melaporkan yang pemilik bangunan telah menyewakannya kepada orang lain, yang kini dicari oleh polis. Polis berkata mereka juga menyiasat kenapa material tersebut disimpan dalam bangunan itu dan untuk tujuan apa.
Bahan-bahan kimia seberat 35,000 liter itu termasuk asid sulfurik, cecair natrium hidroksida dan asid fosforik. – AP