Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Ribuan nelayan dilarang turun ke laut

MANILA, 3 MAC – Ribuan nelayan di Filipina hari ini diarah untuk tidak turun ke laut selepas pihak berkuasa bergelut untuk membendung tumpahan minyak daripada sebuah kapal tangki yang karam, yang mengancam hidupan marin dan ekonomi.

Tumpahan di luar pulau Mindoro, selatan ibu kota Manila, menjangkau kira-kira 120 kilometer (km) dan kira-kira 9km dari darat, kata Ram Temena, ketua operasi bencana di wilayah terjejas, Mindoro Oriental.

Pengawal pantai Filipina masih mencari kapal Princess Empress, yang enjinnya mengalami masalah dan tenggelam di luar perbandaran Naujan pada Selasa.

Ia membawa kira-kira 800,000 liter bahan bakar industri dari wilayah Bataan, berhampiran Manila, menuju wilayah tengah Iloilo.

Sebuah lagi kapal menyelamatkan 20 orang kru di atas kapal. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -