Ribuan pelancong China terkandas di Bali

BALI, INDONESIA, 5 FEB – Ribuan pelancong China berisiko terkandas di Bali selepas kerajaan Indonesia menangguhkan penerbangan ke dan dari tanah besar China berhubung kebimbangan wabak koronavirus yang membawa maut itu.

Dengan penerbangan ditangguhkan pada tengah malam ini, sekitar 5,000 pelancong China pada masa ini berada di pulau percutian, menurut Gou Haodong, Konsul Jeneral Cina di Denpasar.

Beberapa daripadanya berharap mendapat pelanjutan visa yang ditawarkan oleh timbalan gabenor Bali, Tjokorda Oka Artha Ardhana Sukawati. – AFP