Ribuan pelarian banjiri sempadan Greece-Turki

KASTANIES, 2 MAC – Ribuan pelarian cuba untuk mencari jalan menyeberang sempadan Timur Turki menuju Greece hari ini, dengan hanya berpuluh-puluh orang berjaya menyeberang kedua-dua sempadan yang berpagar atau menyeberangi sungai, selepas Turki membuka sempadannya kepada pelarian untuk berhijrah meninggalkan negara itu pergi ke Eropah.

Polis Greece menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang mereka daripada memasuki sempadan. Sambil memegang bendera putih dan pelarian tersebut menjerit “keamanan, keamanan.” Merayu untuk dibenarkan masuk ke Greece.

Turki mengisytiharkan membuka sempadan mereka untuk memberi tekanan kepada Kesatuan Europah untuk menolong pelarian tersebut dari peperangan di negara jiran mereka, Syria. Ribuan tentera Turki menyokong pihak pemberontak yang mengawal kubu kuat mereka di wilayah Idlib menentang kerajaan Syria yang disokong oleh Rusia.

Perbalahan di kawasan terakhir pihak pemberontak telah mengusir 1 juta orang awam untuk melarikan diri ke sempadan yang ditutup Turki, mengancam negara yang telah menyebabkan 3.5 juta penduduknya menjadi pelarian.

Pengawal pantai Greece berkata mereka telah menahan 48 pelarian yang menuju ke pulau Lesbos pagi Isnin, disertai oleh kapal peronda Turki di kawasan perairan Turki, di mana mereka dilihat sengaja meninggalkan bot pelarian tersebut sejurus memasuki perairan Greece, menyebabkan mereka terpaksa melakukan operasi penyelamat.

Pengawal pantai memberitahu mereka telah menyelamatkan 46 pelarian, manakala dua kanak-kanak telah diselamatkan dari laut dan telah dihantar ke hospital dengan seorang daripadanya dalam keadaan tidak sedar. – AP

Polis Greece menghalang kemasukan pelarian dari Syria yang menyeberang ke sempadan Greece-Turki setelah Turki membuka sempadan mereka. – AP