Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Ribuan penduduk S’wak sertai kenduri rakyat bersama PM

    KUCHING, 7 OGOS – Lebih 6,000 Keluarga Malaysia dari Sarawak menyertai acara Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.

    Ketibaan Ismail Sabri disambut dengan persembahan tarian singa, hadrah dan tarian ngajat, yang menggambarkan penglibatan pelbagai etnik di Sarawak, berteraskan konsep Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

    Majlis turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan tertinggi negeri.

    Pelbagai menu istimewa kaum Melayu Sarawak diketengahkan dalam program Kenduri Rakyat atau istilah tempatan ‘Pengilan’ itu; antaranya Nasi Minyak, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Sambal Goreng Ikan Masin, Keceni Nanas, Buah-buahan, Bubur Pedas dan Ais Batu Campur (ABC).

    Sambil menjamu selera Perdana Menteri serta pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan ‘Bermukun’, yakni hiburan tradisional Sarawak yang menggabungkan persembahan tarian dan pantun berirama yang diiringi gesekan biola serta gendang, menjadi simbolik penutupan Kenduri Rakyat. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengacau bubuk pedas pada acara kenduri rakyat sempena perasmian penutupan Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Perayaan Petra Jaya, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...