Ribuan pengikut gereja Korea Selatan dikuarantin

SEOUL, 17 OGOS – Ribuan ahli gereja Protestan yang dikaitkan dengan penularan COVID-19 di Seoul telah diarahkan untuk dikuarantin, kata pihak berkuasa Korea Selatan hari ini, ketika mereka menuduh pemimpin konservatif kumpulan yang positif, sengaja menghalangnya.

Dengan pendekatan ‘jejak, uji dan rawat’ sebagai model global dalam cara mengekang virus tersebut, tetapi kini bertungkus lumus mengekang kluster agama.

Pada hujung minggu ibu kota dan wilayah Gyeonggi yang berdekatan di antara mereka yang mempunyai hampir separuh penduduk melarang semua perjumpaan keagamaan dan mendesak penduduk untuk mengelakkan perjalanan yang tidak perlu setelah berlakunya kes baharu yang mencetuskan kebimbangan gelombang besar kedua.

Korea Selatan melaporkan 197 jangkitan baharu hari ini, menjadikan jumlah kepada 15,515, hari keempat berturut-turut me-ningkat tiga angka setelah beberapa minggu dengan jumlah sekitar 30 sehingga 40 kes sahaja.

Kluster terbesar berpusat di Gereja Sarang Jeil di Seoul, yang diketuai oleh Jun Kwang-hun, seorang pastor konservatif kontroversial yang merupakan tokoh utama dalam tunjuk perasaan terhadap Presiden Moon Jae-in, mencatatkan 315 kes pada hujung minggu, menurut pegawai. – AFP

Pegawai kerajaan menyekat akses ke Gereja Sarang Jeil setelah jangkitan kluster COVID-19 terbaharunya berhampiran gereja di Seoul hari ini. Ribuan ahli gereja Protestan di Seoul dikuarantin, kata pihak berkuasa Korea Selatan. – AFP