Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan rakyat bersatu meriahkan junjung ziarah

     

    Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi & Normazlina M.D

    Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H

    TUTONG, 18 Julai – Dengan barisan bendera kecil negara yang dikibarkan oleh murid-murid dan pelajar sekolah sepanjang jalan menuju kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong serta kehadiran ribuan rakyat, bukan sahaja menunjukkan semangat perpaduan tetapi juga ketaatsetiaan bagi sama-sama memeriahkan serta menyaksikan lebih dekat lagi acara bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71, hari ini.

    Cuaca mendung pada pagi hari tidak menggugat semangat bagi ribuan rakyat dan penduduk untuk sama-sama berkumpul tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan usia bagi menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain dengan membawa semangat perpaduan dan taat setia kepada raja serta negara yang dicintai.

    Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda