Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ribuan sambut bekas presiden Park

    SEOUL, KOREA SELATAN, 24 MAC – Tiga bulan selepas diampunkan atas kesalahan skandal rasuah kerajaan paling teruk di Korea Selatan, bekas presiden Park Geun-hye pulang hari ini setelah dibenarkan keluar dari sebuah hospital.

    Beliau berjalan perlahan keluar dari Pusat Perubatan Samsung di Seoul ketika puluhan penyokong berteriak: ‘Park Geun-hye! Presiden!’

    “Saya mengucapkan salam kepada orang kita buat pertama kali dalam masa lima tahun. Kesihatan saya sudah bertambah baik, terima kasih atas keprihatinan awda,” kata Park.

    Beliau berterima kasih kepada kakitangan perubatan hospital dan masuk ke kereta sedan hitam tanpa menjawab sebarang persoalan.

    Beliau kemudian berhenti di perkuburan ayahnya, Park Chung-hee dan tunduk memberi penghormatan.

    Beberapa jam kemudian, ribuan orang melambaikan bendera negara dan belon sambil melaungkan namanya di tengah-tengah kehadiran polis ketika Park tiba di kediamannya di Daegu. – AP

    Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye bercakap semasa meninggalkan Pusat Perubatan Samsung di Seoul pada 24 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...