Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Ribuan sekolah di Bangladesh ditutup

    DHAKA, 7 JUN – Bangladesh telah menutup ribuan sekolah ketika negara itu bergelut berdepan gelombang panas terpanjang dalam setengah abad, dengan pemotongan bekalan elektrik yang meluas hanya menambah lagi kesengsaraan penduduk tempatan.

    Suhu di Dhaka, ibu kota negara Asia Selatan itu telah melonjak kepada sekitar 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit), dengan golongan miskin menanggung beban terik matahari.

    “Kami tidak pernah melihat gelombang haba yang begitu berpanjangan sejak kemerdekaan Bangladesh pada 1971,” kata Pegawai Kanan di Jabatan Meteorologi Bangladesh, Bazlur Rashid.Puluhan ribu sekolah rendah ditutup oleh kerajaan dan pengeluaran elektrik telah dipotong secara drastik, walaupun permintaan untuk penghawa dingin dan kipas meningkat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...