Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan sertai ‘Kempen 80 Hari’

    SEOUL, 13 OKT – Ribuan penduduk Korea Utara membanjiri dataran Kim Il Sung di Pyongyang untuk memberikan sokongan mereka kepada kerajaan – kesemua mereka memakai penutup mulut dan hidung, tidak seperti perarakan tentera dua hari sebelumnya.

    Pihak berkuasa mengadakan rapat semalam pada permulaan ‘Kempen 80 Hari’, kempen pergerakan besar-besaran untuk merangsang ekonomi sebelum kongres parti pemerintah pada Januari.

    Usaha sedemikian, sering digelar ‘pertempuran’, memaparkan waktu kerja lebih lama dan tugas tambahan dan biasa berlaku di Korea Utara sebelum acara penting.

    Tentera, pekerja dan pelajar, kesemua mereka memakai penutup mulut dan hidung, membanjiri dataran, memegang slogan termasuk ‘Biarlah kekal seiring dengan pemimpin Kim Jong Un.’

    Ia merupakan satu perubahan daripada perarakan tentera yang diadakan oleh Utara pada hujung minggu sebagai sebahagian daripada acara memperingati ulang tahun ke-75 parti, apabila Kim dan peserta lain tidak memakai penutup mulut dan hidung.

    Pyongyang menutup sempadannya pada Januari untuk membendung jangkitan koronavirus yang pertama muncul di China, dan pada perarakan, apabila Utara mempamerkan peluru berpandu terbaharunya, Kim menegaskan bahawa tidak adanya kes dicatat dalam negara dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana menjaga kesihatan mereka. – AFP

    Peserta memakai penutup mulut dan hidung berkumpul semasa rapat menandakan bermulanya ‘Kempen 80 Hari’ sebagai menyokong Kongres ke-8 Parti Pekerja Korea yang dijangka diadakan pada Januari 2021 di Dataran Kim Il Sung, Pyongyang. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda