Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ribuan tikus ditemui dalam kedai

    WEST MEMPHIS, ARKANSAS, 20 FEB – Lebih 1,000 tikus besar ditemui dalam bangunan pengedaran Family Dollar di Arkansas, umum Pentadbiran Makanan dan Ubat AS baru-baru ini ketika rantaian itu mengeluarkan penarikan balik barangan yang dibeli dari ratusan kedai di kawasan Selatan.

    Satu aduan pengguna mendorong pegawai memeriksa fasiliti West Memphis, Arkansas pada Januari, kata FDA dalam kenyataan akhbar. Dalam bangunan, pemeriksa berkata mereka menemui tikus hidup, tikus yang telah mati ‘dalam pelbagai peringkat reput,’ tahi tikus, tahi burung serta burung mati.

    Selepas mengasapi bangunan itu, lebih 1,100 tikus mati ditemui, kata pegawai. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...