Ribuan tinggalkan Thantlang, ratusan lagi sudah ke India

YANGON, 22 SEPT – Ribuan penduduk telah melarikan diri dari sebuah bandar di barat Myanmar selepas berhari-hari pertempuran antara penentang anti-junta dan pihak tentera, ketika askar-askar mengebom rumah awam, kata penduduk dan media tempatan hari ini.

Myanmar terbabit dalam pergolakan sejak kerajaan Aung San Suu Kyi disingkirkan oleh tentera pada Februari lalu.

Serangan ke atas tentera junta dan aset mereka telah meningkat selepas penggubal undang-undang disingkirkan oleh jeneral menggesa bagi ‘perang pertahanan rakyat’ awal bulan ini.

Askar-askar bertempur dengan sekitar 100 anggota kumpulan pertahanan tempatan selepas ‘diserbu’ di Thantlang di negeri terpencil Chin dekat sempadan India pada 18 September, kata jurucakap junta, Zaw Min Thun kelmarin. Dia tidak memberi sebarang jumlah korban jiwa.

Penduduk mula melarikan diri secara beramai-ramai pada Isnin selepas askar-askar ‘mula menembak secara rambang ke arah jendela’ rumah-rumah di bandar itu, menurut salah seorang penduduk.

“Hampir semua telah lari,” katanya, menambah dia berlindung di sebuah perkampungan berdekatan bersama 500 orang dan ratusan lagi sudah lari ke sempadan India. – AFP