Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ribuan tonton filem Prince Azim: Son of the Arts

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Ribuan penonton tidak melepaskan peluang menyaksikan tayangan filem dokumentari Prince Azim: Son of the Arts yang telah ditayangkan pada hujung minggu dalam empat tayangan di Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini.

    Filem dokumentari Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim itu dihasilkan secara eksekutif oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

    Antara yang hadir menyaksikan tayangan dokumentari itu ialah menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil dari kedutaan dan orang ramai yang berpeluang menyaksikan tayangan yang jarang ditonton dan perbualan eksklusif dengan Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan dokumentari istimewa itu.

    Semua hasil kutipan tiket akan disalurkan bagi menyokong badan amal yang bekerjasama rapat bersama Al-Marhum seperti Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Brunei (KACA), SMARTER Brunei dan Yayasan Kanser Kanak-Kanak Brunei (YASKA).

    Dokumentari itu juga akan disediakan melalui platform Progresif Media tidak lama lagi dan maklumat lanjut mengenai pelancarannya akan diumumkan di saluran media sosial Progresif.

    Progresif Sdn Bhd merupakan rakan pemasaran dan acara rasmi yang dilantik untuk dokumentari berkenaan dengan kerjasama JIS sebagai rakan tempat acara dan dengan penjual makanan dan minuman tempatan seperti The Thirsty Habit, The Potato Habit, Mix Bros, Casbah London Kebab, Holy Smokes, After Box, Don Churros dan Afro-Cams untuk membantu menyumbang kepada kejayaan acara tersebut.

    Ramai yang tidak melepaskan peluang menonton filem dokumentari mengenai Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim di Pusat Kesenian, JIS, baru-baru ini. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...