Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan tuntut keadilan tragedi stesen kereta api di Serbia

    NOVI SAD, 6 NOV – Ribuan penunjuk perasaan menyembur cat merah dan memecahkan tingkap di dewan berpandaran, bandar Novi Sad di Serbia, tempat kejadian bumbung stesen kereta api runtuh minggu lalu yang mengorbankan 14 nyawa, menyaksikan kemarahan penduduk tempatan memuncak semalam.

    Insiden tragis tersebut berlaku hanya beberapa bulan selepas stesen berkenaan selesai menjalani proses pengubahsuaian yang memakan masa bertahun-tahun.

    Tragedi itu mencetuskan kemarahan di seluruh Serbia, dengan orang ramai turun ke jalanan dan pengguna media sosial menuntut peletakan jawatan pegawai kerajaan atas dakwaan pengawasan lemah terhadap projek pembinaan dan pembangunan.

    “Saya berada di sini kerana seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tidak akan meniup tujuh lilin pada kek hari jadinya,” kata penunjuk perasaan, Maja Gledic, kepada AFP. – AFP

    Sekumpulan penunjuk perasaan cuba memasuki dewan bandar Novi Sad semasa protes berkenaan, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda