Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut Alberto ragut 7 nyawa

    HAVANA, 3 Jun – Kejadian banjir besar disebabkan oleh ribut Alberto telah meragut tujuh nyawa apabila ribut tersebut menghentam Cuba, menurut pihak berkuasa Pertahanan Awam kelmarin.

    Dua orang lagi hilang selepas ribut berlaku di pulau itu awal minggu ini, menurut kenyataan pihak berkuasa yang dikeluarkan oleh media tempatan.

    Mangsa korban terdiri daripada lelaki berumur antara 26 dan 77 tahun, mati lemas di beberapa buah tempat di bahagian timur dan tengah Cuba, wilayah yang paling dihentam kuat oleh Alberto. Sementara dua yang hilang juga lelaki berumur 18 dan 51 tahun, menurut pihak berkuasa Pertahanan Awam.

    Kematian itu disebabkan oleh ‘kecuaian’, kata Menteri Dalam Negeri, Julio Cesar Gandarilla pada Selasa lalu semasa mesyuarat yang diketuai oleh Presiden Miguel Diaz-Canel untuk menilai kerosakan dan kadar kematian di mana pada masa itu dilaporkan empat orang terkorban. Lebih 40,000 telah dipindahkan dari

    empat wilayah tengah disebabkan hujan lebat, menurut laporan media tempatan.

    Kilang penapisan minyak Cienfuegos, sumber penting untuk ekonomi Cuba terpaksa ditutup sementara disebabkan banjir yang berlaku. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda