LONDON, 9 FEB – Perkhidmatan kereta api, penerbangan dan feri telah dibatalkan dan amaran cuaca dikeluarkan di seluruh United Kingdom dan di utara Eropah tatkala ribut dengan angin dijangka mencecah tahap hurikan melanda rantau tersebut.
Ribut Ciara, dinamakan sempena agensi cuaca negara Pejabat Meteorologi, dijangka membawa angin dengan kelajuan 80bsj serta hujan lebat. Agensi itu telah mengeluarkan 22 amaran banjir kecemasan dan 149 langkah berjaga-jaga banjir.
Sekurang-kurangnya 10 syarikat kereta api di Britain telah mengeluarkan amaran ‘jangan memulakan perjalanan,’ dan hampir 20 syarikat lain memberitahu penumpang supaya menangguh perjalanan tatkala angin kencang dijangka merosakkan wayar elektrik dan menyelerakkan landasan kereta api dengan pokok tumbang dan serpihan lain.
Lapangan Terbang Heathrow di London dan beberapa syarikat penerbangan lain memutuskan untuk menggabungkan penerbangan hari ini untuk mengurangkan jumlah penerbangan yang akan dibatalkan akibat angin kencang. British Airways menawarkan tempahan semula untuk pelanggan penerbangan domestik dan penerbangan Eropah keluar dari lapangan terbang Heathrow, Gatwick dan London. Virgin Airlines pula membatalkan beberapa penerbangan.
Jambatan Humber berhampiran Hull di utara England mengehad lalu lintas disebabkan angin kencang, mengharamkan trak dan kenderaan berat daripada menggunakan laluan tersebut. Ombak tinggi di Laut Ireland memaksa syarikat feri membatalkan beberapa perjalanan.
Larian 10km di London yang dijangka menarik 25,000 peserta juga dibatalkan.
Di Selat, operator kereta api Jerman, Deutsche Bahn, berkata ia sedang membatalkan kereta api jarak jauh ke destinasi paling mudah terjejas akibat ribut, termasuk Emden dan Norddeich di kawasan barat laut Jerman, bandar Kiel dan pulau Laut Utara Sylt.
Satu perlawanan bola sepak liga Jerman di antara pencabar juara Borussi Moenchengladbach dan Cologne, dijangka diadakan pada petang ini, dibatalkan disebabkan kebimbangan peminat mungkin menghadapi masalah untuk pulang. Ribut itu dikenali sebagai ‘Sabine’ di Jerman. – AP





























