Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ribut debu ragut enam nyawa

    WASHINGTON, 2 MEI – Sekurang-kurangnya enam orang maut semalam selepas ribut debu menyebabkan jarak penglihatan merosot di sepanjang lebuh raya AS, mencetuskan kemalangan yang melibatkan hampir 100 kenderaan, kata polis.

    Kira-kira 40 hingga 60 kenderaan penumpang, bersama 30 kenderaan komersial, berlanggar di negeri Midwestern Illinois “disebabkan angin kencang meniup kotoran dari ladang di seberang lebuh raya,” kata Polis Negeri Illinois dalam satu kenyataan.

    Dua buah trak terbakar akibat kemalangan pada lewat pagi, yang berlaku di sepanjang Interstate 55, menurut kenyataan.

    Lebih 30 orang telah dibawa ke hospital dengan kecederaan ‘ringan dan serius,’ kata polis. Mangsa berumur antara dua hingga 80 tahun. – AFP

    Dairon Socarras Quintero menerima arahan daripada kakitangan perubatan di stesen di Divernon, Illinois selepas terbabit dalam nahas kereta pada 1 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...