Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Ribut di California ragut 17 nyawa

    MONTECITO, AMERIKA SYARIKAT, 11 JAN – Berpuluh ribu orang di California diarah berpindah baru-baru ini setelah negeri itu dimusnahkan oleh ribut berterusan yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang maut.

    Hujan lebat yang mencurah-curah telah mengakibatkan banjir kilat, menutup lebuh raya utama, menumbangkan pokok dan menghanyutkan pemandu dan penumpang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun yang masih hilang di tengah California.

    Sekitar 110,000 rumah dan perniagaan di California telah terputus bekalan elektrik sejak Selasa, menurut laman sesawang Poweroutage.us.

    Ribut yang baharu dijangka akan membadai negeri ini dengan membawa 18cm hujan di utara California dan salji yang tebal di kawasan pergunungan Sierra Nevada, menurut Perkhidmatan Cuaca Negara (NWS).

    NWS menggelar peristiwa ini sebagai bencana yang tidak berkesudahan yang merupakan ribut yang paling teruk sejak tahun 2005.

    Gabenor California, Gavin Newsom berkata sekurang-kurangnya 34,000 orang telah diarahkan untuk meninggalkan negeri ini.

    “Hakikatnya, kami belum selamat. Kami menjangkakan ribut ini akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 18 hari bulan,” katanya kepada wartawan.

    “Kami kini mengesahkan 17 orang telah terbunuh daripada tragedi ini.” – AFP

    Susulan hujan berterusan baru-baru ini, air banjir telah menenggelamkan rumah-rumah dan kenderaan di komuniti Planada, daerah Merced, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...