Ribut Eleanor landa Eropah
PARIS, 4 Jan – Ribut musim sejuk Eleanor melanda seluruh Eropah kelmarin, membawa kematian, kerosakan dan gangguan serta memutuskan bekalan elektrik kepada puluhan ribu orang. Dua orang meninggal dunia di pantai Basque utara Sepanyol selepas dihanyutkan oleh gelombang besar, kata pegawai dan seorang lagi terpaksa diselamatkan setelah cuba menyelamatkan mereka. Di Perancis, pemain ski berusia


































