Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ribut Malik ragut empat nyawa

    HELSINKI, 30 JAN – Ribut musim sejuk yang kuat melanda utara Eropah pada hujung minggu, membunuh sekurang-kurangnya empat orang, memusnahkan rumah dan kereta, menutup jambatan serta menyebabkan banjir dan pengangkutan terhenti manakala beribu-ribu isi rumah terputus bekalan elektrik.

    Ribut Malik menuju ke wilayah Nordic kelmarin, membawa tiupan angin kencang dan hujan lebat serta salji di Denmark, Finland, Norway dan Sweden.

    Ribut Malik menuju di wilayah Nordic dan utara Jerman kelmarin selepas berpindah dari Britain di mana ia menyebabkan malapetaka dengan kerosakan material dan kekecohan pengangkutan, yang mana Scotland terjejas teruk.

    Di Scotland, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita berusia 60 tahun terkorban kelmarin akibat pokok tumbang ketika angin kencang membadai bahagian utara Britain.

    Tiupan angin dengan kelajuan lebih 100 mph telah dilaporkan di beberapa bahagian Scotland, menyebabkan gangguan meluas kepada pengangkutan dan bekalan elektrik terputus kepada puluhan ribu rumah.

    Pemimpin Scotland, Nicola Sturgeon memberi amaran bahawa satu lagi ribut yang akan melanda wilayah itu hari ini mungkin “lebih teruk bagi bahagian Scotland” daripada yang dijangkakan. – AP

    Ribut musim sejuk yang kuat melanda utara Eropah pada hujung minggu, membunuh sekurang-kurangnya empat orang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...